Monday 30 July 2012

Nur Kasih

MENUTUP AURAT SATU KEWAJIPAN ATAU KEHENDAK?



Menutup aurat adalah satu kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah swt kepada umat Islam tidak kira baik lelaki atau wanita. Wahai sahabat-sahabat yang di kasihi,
sedarlah dan bangunlah kita dalam menjalankan amanah Allah swt untuk kita sama- sama sebarkan dakwah Islamiah kepada masyarakat yang amat memerlukan dan ketandusan ilmu Agama demi untuk kesejahteraan masyarakat dan semua.
Sebagaimana firman Allah swt :
"Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”.
(surah An-Nur: 31)

Inilah hakikatnya yang pahit. Sekiranya kita pergi ke mana-mana pusat membeli-belah, Jom heboh  rata-rata  sudah tentu kita akan melihat si pembuat dosa ini bermaharajalela di sana sini yang menyedihkan adalah kaum hawa.
Kaum hawa terutamanya, sudah tiada rasa malu.Tegar mendedahkan aurat di sana-sini.Seolah-olah perkara tersebut adalah perkara yang diredhai Allah.
Apabila ditanyakan kepada mereka, "Bilakah masa untuk menutup aurat? " Pasti kebanyakan mereka akan menjawab seperti ini:
  • Alaa lambat lagi nak tua..masa muda la nak bergaya dan berfesyen
  • "Pakai tudung mana boleh nak paksa-paksa, nanti sampai masanya baru la nak pakai.
  • "Ikut aku la nak pakai tudung ke tak nak kubur lain-lain.
  • Tak cantik la pakai tudung…lagi pun panas.
Itulah kebanyakan jawapan dan alasan yang kita dengar daripada anak-anak gadis kita sekarang.
Sebagaimana firman Allah swt: 
Maksudnya:“’Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Menutup aurat merupakan kewajipan utama setiap orang Islam.Bagi kaum wanita, wajib ke atas mereka menutup seluruh badan mereka selain muka dan dua pergelangan tangan apabila berada di hadapan lelaki bukan mahram.  Ini bermakna bahagian kepala wanita termasuk rambut dan telinga adalah wajib di tutup. Antara cara yang digunakan untuk menutup aurat di bahagian tersebut dengan memakai tutup kepala yang di kenali di kalangan masyarakat kita.
Ramai lagi di kalangan wanita menganggap tudung itu hanya sekadar perlu di pakai ketika waktu yang perlu sahaja contohnya hendak ke kubur ke majlis ilmu dan sebagainya.Mereka tidak tahu hakikatnya tudung dan menutup aurat itu perlu ditutup setiap masa melainkan di hadapan muhrim. Menutup aurat itu bukanlah kehendak sama ada kita mahu atau tidak, tetapi ia merupakan kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Di antara punca utama mengapa kes-kes rogol kian berleluasa adalah kerana kaum wanita yang suka menayangkan tubuh mereka yang kononnya seksi, hot, dan pelbagai lagi istilah untuk menggambarkan betapa hebatnya badan mereka itu.Malah, ramai menyalahkan kaum lelaki kerana terlalu 'miang'.
Persepsi ini salah! Lelaki, kalau tidak ada apa-apa yang menaikkan syahwatnya, nescaya lelaki tidak akan bertindak sedemikian.
Wanita kini yang sibuk berdandan terleka dan sibuk mengejar kecantikan duniawi sedangkan mereka lupa bahawa kecantikan yang paling diredhai Allah ialah kecantikan menutup aurat.
Buat kaum adam pula, bukankah Allah telah berfirman di dalam Surah an-Nur, ayat ke-30 yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan."
Jelas bahawa lelaki juga harus memelihara pandangan mereka dari perkara-perkara yang boleh mengundang maksiat.Namun, mereka lupa, atau pura-pura lupa.Yang lebih memalukan adalah ada yang tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
Beginilah yang terjadi apabila kaum wanita ingkar perintah Allah S.W.T. Dosanya bukan sahaja kerana dia tidak menutup aurat, tetapi dosanya berlipat ganda apabila dipandang oleh lelaki sehingga timbul syahwatnya.
Lelaki pula, dosanya bukan sahaja kerana melihat aurat si wanita, namun dosanya pasti berlipat ganda sekiranya lelaki itu berjaya memujuk sehingga hilanglah ’mahkota’ wanita tersebut.
Kemudian, berdosa pula mereka yang membuang bayi luar nikah.Semuanya bermula kerana ingkar menutup aurat dan ingkar menjaga pandangan.
Bukan sahaja soal aurat menjadi persoalan zaman ini, malah soal batas pergaulan menjadi isu yang panas.
“Hai sayang... I rindu dengan you, nanti kita dating kat tempat biasa ye.”
Manusia yang kemaruk cinta sebegini amatlah mudah untuk digoda Syaitan untuk melakukan maksiat.Memang tidak hairan kerana di dalam masyarakat kita kini, budaya couple dianggap sebagai perkara biasa.
Betapa salahnya mereka.Allah telah memerintahkan kaum lelaki dan wanita agar menjaga pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka.
Allah tidak pernah menyuruh kita untuk bercouple, berpegang-pegangan dan bermesra-mesraan.Betapa manusia kini berpura-pura lupa. Sehinggakan ada yang sanggup berkorban segala-galanya demi si dia yang dicintai.
Untuk apa wahai kawan, sekiranya hubunganmu itu bukanlah hubungan pernikahan yang sah?
Untuk apa wahai kawan, sekiranya hubunganmu itu dilandaskan oleh nafsu dan kehendak hati yang dibisik oleh Syaitan?
Sekiranya mengadakan hubungan terlarang sebelum perkahwinan itu baik kononnya, fikirkanlah mengapa Allah menyuruh kita agar menjaga kehormatan dan pandangan kita?
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita. Cintailah Allah terlebih dahulu, nescaya kamu tidak akan hilang arah.
Apabila si wanita dan lelaki berdua-duaan, mereka lupa bahawa pihak ketiga adalah Syaitan.
Orang yang bercinta begitu khusyuk menuturkan kata-kata cinta, sehinggakan mereka tertinggal solat dan meninggalkan pegangan agama mereka, semuanya kerana mereka tunduk kepada nafsu dan bisikan Syaitan.
Tidak dinafikan, kebanyakan wanita di negara kita sekarang menunjukkan kesedaran mereka dalam menutup aurat.Kecenderungan mereka untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung pula oleh kemajuan dunia fesyen yang menyajikan pelbagai jenis busana muslimah dan tudung yang nampaknya seperti cendawan tumbuh di pasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal, ada yang besar dan ada yang
kecil, ada yang tebal dan ada yang nipis, ada yang polos dan ada yang berwarna-warni,  bercorak, berkerawang, berlabuci, beropol dan sebagainya.  Tidak kurang juga cara atau  gaya pemakaian  tudung, terdapat bermacam fesyen yang boleh kita lihat. Ada yang dilipat, ada yang dililit, ada yang dimasukkan sahaja, ada yang berlapis-lapis dan ada pula yang hanya diletak di atas kepala dan disidai pada bahu,
boleh turun boleh naik dengan sekelip mata. Mengikut kehendak dan citarasa.
Zaman sekarang, masih ramai lagi wanita suka mengayakan fesyen bertudung seperti meletakkan sahaja tudung di atas kepala sebagai syarat sedangkan rambut terkeluar dan menganggap itu benda biasa.

Ciri-Ciri Tudung dan Cara Pemakaian Tudung Yang Dikehendaki Oleh Syara‘
Agama Islam telah menggariskan ciri-ciri tudung dan cara pemakaian tudung yang perlu antaranya dalah seperti berikut. Memakai tudung labuh  yang menutupi aurat di bahagian kepala sehingga ke bahagian dada. Sebagaimana Firman Allah swt:
Maksudnya :

"Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..” (surah an-nur ayat 31)

Berdasarkan ayat di atas, wajib ke atas wanita Islam memakai tudung yang menutupi seluruh kepala dengan melabuhkannya sehingga ke dada kecuali kawasan muka.Ini termasuk menutupi seluruh rambut, kedua cuping telinga, tengkuk dan leher.Belahan baju itu letaknya di kawasan leher dan dada.Oleh yang demikian, tudung kepala itu hendaklah juga menutup atau menyembunyikan bahagian leher dan dada.Ini bererti tidak memadai memakai tudung itu jika masih nampak rambut, leher, tengkuk, telingadan bahagian dada.
 Ulama dalam mensyarahkan  hadits ini mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bertelanjang itu adalah wanita yang berpakaian nipis yang masih menampakkan warna kulit dan berpakaian menutupi sebahagian anggota aurat dan membuka sebahagiannya lagi.  Oleh itu ketahuilah bahawa memakai tudung yang nipis atau yang jarang itu tidak menepati kehendak sebenar cara bertudung untuk menutup aurat kerana  ia masih menampakkan warna kulit. Selain itu, tudung yang terlalu nipis dan ringan juga mudah tersingkap apabila ditiup oleh angina dan aurat mudah terbuka.Selain itu, terdapat juga telekung yang diperbuat dari material nipis dan jarang serta mempunyai kerawang yang besar dan banyak.Telekung sebegini boleh menyebabkan sembahyang tidak sah kerana syarat menutup aurat masih tidak terlaksana dengan sempurna.Semoga perjalanan hidup kita diiringi dengan kebahagiaan dan keberkatan baik di dunia dan di akhirat.

Dosa dan ancaman mendedahkan aurat dan peringatan kepada semua wanita (Mukminat) seluruhnya.
Islam tidak menentukan fesyen dan bentuk pakaian yang mesti dipakai oleh seorang wanita itu, sama ada pada masa bekerja ataupun tidak, yang pentingnya tidak berlawanan dengan syarat-syarat dan batas-batas yang telah di tentukan oleh syarak.
Di sini saya memaparkan kisah benar yang dialami oleh Rasulullah saw sendiri.
Marilah kita sama-sama menghayatinya sahabat-sahabat sekalian…
Apa yang di lihat oleh Nabi S.A.W ketika Israk dan Mikraj ?
Wahai sahabat-sahabatku…
Kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah, ‘saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah s.a.w, kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya ‘’ Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah? Baginda menjawab’ pada malam aku diisrakkan hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan-perempuan sedang dalam keadaan yang amat dasyat dengan sebab itu, aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka ‘ Ali bertanya,’ Apakah yang ayahanda lihat di sana?
.Rasulullah menjawab, aku lihat ada perempuan –perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.
1.Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala.
2.Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri , di bawahnya dinyalakan api.
3.Aku lihat perempuan yang yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang di perbuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badan berbau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
4.Aku lihat yang perempuan yang mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
5.Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar beribu-ribu kesengsaraan di hadapinya.
6.Aku lihat  perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya dan mulutnya dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.
Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahandanya, ‘ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh perempuan itu? “ Rasulullah saw menjawab, Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada bukan muhrimnya.’
Rasulullah saw bersabda: Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dasyhat di dalamnya telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Justeru itu, marilah kita sama-sama mencari jalan keredhaan dan keberkatan semoga perjalanan hidup kita diiringi oleh kebahagiaan baik di dunia dan di akhirat amin.

CINTA

Adakah cinta itu tuntutan nafsu atau berlandaskan syariat?




Cinta adalah suatu perasaan yang dimiliki oleh semua  manusia, anugerah Allah yang tidak ternilai kepada manusia. Ibarat laksana getah-getah yang ada di pokok getah atau madu-madu yang ada di pokok bunga. Di dalam hati ada Taman.


Cinta adalah suatu perkara yang sudah pasti, bercinta dan berkasih sayang adalah suatu yang teramat istimewa dan penting sesudah berumahtangga kerana dua rukun inilah menjadi tiang seri yang paling ampuh dalam pembentukan keluarga. Tanpa cinta hidup ini tidak akan bermakna…
Sahabat-sahabatku yang di kasihi..
Persoalannya adakah bercinta itu penting dan perlu sebelum berumahtangga?
Jawapannya: sudah semestinya betul. Jika tidak ada perasaan cinta bagaimana suami isteri dapat hidup bahagia dan bersama.Perasaan tersebut perlu ada dalam hati kedua-dua bakal suami isteri, tetapi tidaklah membawa kepada wujudnya pergaulan atau melanggar batas-batas yang telah di tetapkan oleh syariat Islamiah seperti membuat dating dan lain-lain lagi.
Tanggungjawab
Bakal suami isteri perlu mengetahui bahawa rumahtangga suatu tanggungjawab yang perlu di pikul bersama tidak kira di saat susah dan senang. Maka perasaan ingin menyayangi dan di sayangi itu sebati dalam diri manusia semenjak ia di keluarkan dari perut ibunya.
Sahabat-sahabatku yang di kasihi,
Secara fitrahnya, manusia yang kecewa terhadap cinta akan lebih bermuhasabah terhadap harga dirinya. Kadang-kadang muhasabah ini mengajar bertindak dengan cara yang betul dan berhati-hati. Kadang-kadang ia menghalakan manusia kearah yang memusnahkan. Ini bererti alam percintaan adalah suatu jambatan yang mengubah masa depan manusia yang merentasinya. Firman Allah s.w.t :
A021
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
( Surah al-Rum: 21)
Sahabat-sahabatku sekalian,
Sekiranya seorang lelaki yang mencintai perempuan tetapi tidak sanggup berkorban untuk perempuan tersebut maka cinta yang di lafazkannya adalah palsu dan penuh kepura-puraan.Seperti kata pujangga “ Jujurlah walaupun kejujuran itu merugikanmu, kerana kejujuran adalah ketenangan.”

Ganjaran Dari Allah swt


Perkahwinan adalah suatu sunnah dari Rasulullah saw dan nabi-nabi sebelumnya. Suatu perkara yang perlu di kaji akan hikmah percintaan yang di lakukan oleh Rasulullah saw  ialah baginda menyarankan kepada bakal-bakal suami unyuk mencari gadis –gadis untuk di kahwini tetapi beliau sendiri memperisterikan perempuan-perempuan janda, hanyalah Aisyah seorang sahaja yang masih gadis ketika di kahwini. Hal ini tentulah menggambarkan kepada kita tentang persediaan pergorbanan dan penyempurnaan tanggungjawab yang telah di tunjukkan oleh Rasulullah saw. Sebelum melalui gerbang perkahwinan. Rasulullah sawtelah menerangkan bahawa diantara golongan yang mendapat dua ganjaran pahala ialah seseorang yang memerdekakan hambanya lalu mengahwininya. Dalam sunnah disebutkan maksudnya “Bertakwalah kamu kepada Allah dengan wanita, sesungguhnya mereka adalah orang yang membantumu, kamu telah mengambilnya dengan amanah Allah, dan dihalalkan kamu bergaul dengannya dengan kalimat Allah dan wajib keatas kamu memberi rezeki mereka dan pakaian mereka dengan cara yang baik”(Muslim, Abu Daud dan Malik)

Fantasi Dan Khayalan

Sebelum berkahwin manusia seringkali mengkhayalkan belaian-belaian dan pujuk rayu pasangannya, padahal gambaran khayalan itu hanyalah berlaku dalam jarak masa yang singkat berbanding dengan liku-liku perjuangan yang terpaksa ditempuhinya.Perkara ini adalah lumrah semulajadi semua manusia. Tanpa kawalan agama ianya akan menterjerumuskan manusia melakukan kerja-kerja keji sama ada di hadapan khalayak ramai atau ketika berseorangan. Manusia yang tiada bermatlamat hidup seperti golongan barat, sebagaimana yang di tonjolkan dalam media massa akan cuba untuk memanjangkan tempoh fantasi ini sekalipun ianya bukanlah suatu yang boleh berpijak di alam nyata. Lantaran itu kehidupan mereka akan menjadi musnah dan kebahagiaan yang dikhayalkan itu bukan dapat dicapai sekali-kali. Masyarakat Islam sepatutnya mestilah mempelajari panduan-panduan hidup yang kuat agar dapat membersihkan diri daripada anasir-anasir yang boleh memusnahkan dirinya. Sewajarnya masyarakat kita menjadikan perjalanan hidup bekas-bekas bohsia sebagai pengajaran yang di sempadani, bukannya untuk melonjakkan nafsu syahwat yang menghancurkan pula masa depan mereka sendiri. Semoga hidup kita semua diredhai oleh Allah swt baik didunia dan diakhirat.

 KASIH KEKASIH -INTEAM-


Tuesday 1 May 2012

KELEBIHAN BERCAKAP BENAR SATU IBADAH







Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh....


Sahabat-sahabatku,
Sedarlah kita setiap hari kita perlu bercakap...adakah percakapan kita bohong atau benar?jadi kita harus reformasi diri masing-masing agar kita tergolong dikalangan orang yang beriman dan baik-baik..


Setiap daripada kita sudah tentu suka berkawan dengan orang yang suka bercakap benar. Ini kerana bercakap benar adalah satu sifat yang mulia. Ia juga merupakan salah satu sifat yang wajib bagi  para Nabi dan Rasul. Orang yang sentiasa bercakap benar juga adalah orang yang boleh dipercayai. Lantaran itulah memiliki kawan atau  sahabat yang bercakap benar lebih memberi ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan.  Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Sahabat-sahabatku beringat-ingat ditempat kerja atau dimana2 

Ini amat berbeza jika berkawan dengan orang yang kaki pembohong atau pendusta. Selain itu ia juga boleh menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Kawan yang pembohong juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya perselisihan faham atau mencetus permusuhan antara kita dengan orang lain. Janganlah kita menghampiri atau mendekati orang yang suka mereka-reka dan menfitnah orang kerana kita juga menumpang saham di akhirat nanti. Banyak cerita yang boleh kita kongsikan sama-sama contohnya di tempat kerja saya ada golongan yang suka mereka-reka benda yang tiada diadakan supaya antara satu sama lain bergaduh dan cakap tak serupa bikin...sedangkan kita sama-sama saudara Islam? sejauh mana keikhlasan yang ada dalam diri kita? Kalau kita sedar alhamdulillah sebab banyak natijahnya dari Allah swt. Saya doakan untuk diri saya dan kawan-kawan agar sentiasalah bercakap benar.

Sebagaimana firman Allah swt :Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.


Ayat Al-Quran di atas telah menjelaskan bahawa janganlah kita buat sesuatu yang menyakiti hati orang sekiranya ada cepat-cepatlah kita memohon maaf darinya agar tidak berlarutan dan dapat menyelamatkan keadaan dengan lebih selamat.

Sahabat- sahabatku mencari kawan atau sahabat yang bercakap benar adalah yang terbaik dalam hidup kita. 
Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara...marilah sama-sama kita bertaubat dan bersujud pada Allah SWT.

Dalam keghairahan kita mencari kawan atau sahabat yang bercakap benar, kita juga perlu memikirkan bahawa orang lain pun pasti akan merasa senang dan gembira sekirannya berkawan dengan kita dan sentiasa bercakap benar.  Bercakap benar bukanlah sesuatu yang susah atau payah asalkan kita tidak melakukan sebarang kesalahan, kesilapan atau maksiat. Jika sebaliknya kita melakukan maksiat atau kesalahan, maka ketika itu dorongan nafsu beserta pujukan syaitan supaya berbohong dan berdusta sudah pasti menghantui fikiran dan perasaan. Dikala itu hanya iman dan takwa sahaja yang dapat menghindari kita dari bercakap bohong. Sekiranya kita berbohong maka cepat-cepatlah kita mengakui kesalahan  dan itulah orang yang baik di sisi Allah SWT.

Sahabat-sahabatku kita sedar atau tidak

Kata-kata hikmah :"Jujurlah walaupun kejujuran itu merugikanmu, sebab kejujuran adalah ketenangan". Sama ada kita sedar atau tidak membiasakan diri dalam bercakap benar  walau dalam apa jua keadaan dan situasi sekalipun pasti akan memberi beberapa kelebihan kepada kita. Ini kerana kekuatan diri bercakap benar bukanlah lahir begitu sahaja. Sebaliknya ia didahului oleh iman dan takwa.


Firman Allah swt dalam surah al-ahzab ayat 70 dan 71 maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.   
Nescaya Allah swt memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.
Sesiapa mentaati Allah swt dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

Sahabat-sahabatku marilah kita bercakap benar

Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi, 
Jelaslah kepada kita betapa orang yang bertakwa dan sentiasa bercakap benar maka Allah swt akan memperbaiki segala amal ibadahnya dan seterusnya  mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Oleh itu, bercakap benar bukan sahaja menjadikan kita mempunyai ramai kawan dan disukai oleh semua masyarakat serta amal-amal ibadah kita di sempurnakan oleh Allah swt dan mendapat keampunan-Nya. Dalam kita melakukan amal ibadat kita seharian kemungkinan berlaku sesuatu kekurangan atau kecacatan yang menjejaskan pahala ibadat tersebut. Namun disebabkan kita sentiasa bercakap benar maka Allah swt telah terima amalan ibadat kita dalam keadaan penuh sempurna. Begitu juga dosa-dosa kita yang telah lalu. Allah swt dengan sifatNya yang Maha pemurah dan lagi Maha pengampun telah mengampunkan dosa-dosa kita kerana sikap kita yang sentiasa bercakap benar. Alangkah beruntungnya kita sekiranya kita mati dalam keadaan kita bercakap benar kerana dosa-dosa kita telah diampunkan Allah swt.


Justeru itu, marilah kita sama-sama beristighfar memohon keampunan dari Allah swt dan semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang bercakap benar, beriman dan bertaqwa amin.