Cinta
adalah suatu perasaan yang dimiliki oleh semua manusia, anugerah Allah yang
tidak ternilai kepada manusia. Ibarat laksana getah-getah yang ada di pokok
getah atau madu-madu yang ada di pokok bunga. Di dalam hati ada Taman.
|
Cinta adalah suatu perkara yang sudah
pasti, bercinta dan berkasih sayang adalah suatu yang teramat istimewa dan
penting sesudah berumahtangga kerana dua rukun inilah menjadi tiang seri yang
paling ampuh dalam pembentukan keluarga. Tanpa cinta hidup ini tidak akan
bermakna…
Sahabat-sahabatku yang di kasihi..
Persoalannya adakah bercinta itu penting
dan perlu sebelum berumahtangga?
Jawapannya: sudah semestinya betul. Jika
tidak ada perasaan cinta bagaimana suami isteri dapat hidup bahagia dan
bersama.Perasaan tersebut perlu ada dalam hati kedua-dua bakal suami isteri,
tetapi tidaklah membawa kepada wujudnya pergaulan atau melanggar batas-batas
yang telah di tetapkan oleh syariat Islamiah seperti membuat dating dan
lain-lain lagi.
Tanggungjawab
Bakal suami isteri perlu mengetahui
bahawa rumahtangga suatu tanggungjawab yang perlu di pikul bersama tidak kira
di saat susah dan senang. Maka perasaan ingin menyayangi dan di sayangi itu
sebati dalam diri manusia semenjak ia di keluarkan dari perut ibunya.
Sahabat-sahabatku yang di kasihi,
Secara fitrahnya, manusia yang kecewa
terhadap cinta akan lebih bermuhasabah terhadap harga dirinya. Kadang-kadang
muhasabah ini mengajar bertindak dengan cara yang betul dan berhati-hati.
Kadang-kadang ia menghalakan manusia kearah yang memusnahkan. Ini bererti alam
percintaan adalah suatu jambatan yang mengubah masa depan manusia yang
merentasinya. Firman Allah s.w.t :
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai
kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati
dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
yang berfikir.
( Surah al-Rum: 21)
Sahabat-sahabatku sekalian,
Sekiranya seorang lelaki yang mencintai
perempuan tetapi tidak sanggup berkorban untuk perempuan tersebut maka cinta
yang di lafazkannya adalah palsu dan penuh kepura-puraan.Seperti kata pujangga
“ Jujurlah walaupun kejujuran itu merugikanmu, kerana kejujuran adalah
ketenangan.”
Ganjaran
Dari Allah swt
|
Perkahwinan adalah suatu sunnah dari
Rasulullah saw dan nabi-nabi sebelumnya. Suatu perkara yang perlu di kaji akan
hikmah percintaan yang di lakukan oleh Rasulullah saw ialah baginda menyarankan kepada bakal-bakal
suami unyuk mencari gadis –gadis untuk di kahwini tetapi beliau sendiri
memperisterikan perempuan-perempuan janda, hanyalah Aisyah seorang sahaja yang
masih gadis ketika di kahwini. Hal ini tentulah menggambarkan kepada kita
tentang persediaan pergorbanan dan penyempurnaan tanggungjawab yang telah di
tunjukkan oleh Rasulullah saw. Sebelum melalui gerbang perkahwinan. Rasulullah
sawtelah menerangkan bahawa diantara golongan yang mendapat dua ganjaran pahala
ialah seseorang yang memerdekakan hambanya lalu mengahwininya. Dalam sunnah disebutkan maksudnya
“Bertakwalah kamu kepada Allah dengan wanita, sesungguhnya mereka adalah orang
yang membantumu, kamu telah mengambilnya dengan amanah Allah, dan dihalalkan
kamu bergaul dengannya dengan kalimat Allah dan wajib keatas kamu memberi
rezeki mereka dan pakaian mereka dengan cara yang baik”(Muslim, Abu Daud dan
Malik)
Fantasi
Dan Khayalan
|
Sebelum berkahwin manusia seringkali
mengkhayalkan belaian-belaian dan pujuk rayu pasangannya, padahal gambaran
khayalan itu hanyalah berlaku dalam jarak masa yang singkat berbanding dengan
liku-liku perjuangan yang terpaksa ditempuhinya.Perkara ini adalah lumrah
semulajadi semua manusia. Tanpa kawalan agama ianya akan menterjerumuskan manusia
melakukan kerja-kerja keji sama ada di hadapan khalayak ramai atau ketika
berseorangan. Manusia yang tiada bermatlamat hidup seperti golongan barat,
sebagaimana yang di tonjolkan dalam media massa akan cuba untuk memanjangkan
tempoh fantasi ini sekalipun ianya bukanlah suatu yang boleh berpijak di alam
nyata. Lantaran itu kehidupan mereka akan menjadi musnah dan kebahagiaan yang
dikhayalkan itu bukan dapat dicapai sekali-kali. Masyarakat Islam sepatutnya
mestilah mempelajari panduan-panduan hidup yang kuat agar dapat membersihkan
diri daripada anasir-anasir yang boleh memusnahkan dirinya. Sewajarnya
masyarakat kita menjadikan perjalanan hidup bekas-bekas bohsia sebagai
pengajaran yang di sempadani, bukannya untuk melonjakkan nafsu syahwat yang
menghancurkan pula masa depan mereka sendiri. Semoga hidup kita semua diredhai
oleh Allah swt baik didunia dan diakhirat.
KASIH KEKASIH -INTEAM-
No comments:
Post a Comment