Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh....
Sahabat-sahabatku,
Sedarlah kita setiap hari kita perlu bercakap...adakah percakapan kita bohong atau benar?jadi kita harus reformasi diri masing-masing agar kita tergolong dikalangan orang yang beriman dan baik-baik..
Setiap daripada kita sudah tentu suka berkawan dengan orang yang suka bercakap benar. Ini kerana bercakap benar adalah satu sifat yang mulia. Ia juga merupakan salah satu sifat yang wajib bagi para Nabi dan Rasul. Orang yang sentiasa bercakap benar juga adalah orang yang boleh dipercayai. Lantaran itulah memiliki kawan atau sahabat yang bercakap benar lebih memberi ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
Sahabat-sahabatku beringat-ingat ditempat kerja atau dimana2
Ini amat berbeza jika berkawan dengan orang yang kaki pembohong atau pendusta. Selain itu ia juga boleh menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Kawan yang pembohong juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya perselisihan faham atau mencetus permusuhan antara kita dengan orang lain. Janganlah kita menghampiri atau mendekati orang yang suka mereka-reka dan menfitnah orang kerana kita juga menumpang saham di akhirat nanti. Banyak cerita yang boleh kita kongsikan sama-sama contohnya di tempat kerja saya ada golongan yang suka mereka-reka benda yang tiada diadakan supaya antara satu sama lain bergaduh dan cakap tak serupa bikin...sedangkan kita sama-sama saudara Islam? sejauh mana keikhlasan yang ada dalam diri kita? Kalau kita sedar alhamdulillah sebab banyak natijahnya dari Allah swt. Saya doakan untuk diri saya dan kawan-kawan agar sentiasalah bercakap benar.
Sebagaimana firman Allah swt :Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.Ayat Al-Quran di atas telah menjelaskan bahawa janganlah kita buat sesuatu yang menyakiti hati orang sekiranya ada cepat-cepatlah kita memohon maaf darinya agar tidak berlarutan dan dapat menyelamatkan keadaan dengan lebih selamat.
Sahabat- sahabatku mencari kawan atau sahabat yang bercakap benar adalah yang terbaik dalam hidup kita.
Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara...marilah sama-sama kita bertaubat dan bersujud pada Allah SWT.
Dalam keghairahan kita mencari kawan atau sahabat yang bercakap benar, kita juga perlu memikirkan bahawa orang lain pun pasti akan merasa senang dan gembira sekirannya berkawan dengan kita dan sentiasa bercakap benar. Bercakap benar bukanlah sesuatu yang susah atau payah asalkan kita tidak melakukan sebarang kesalahan, kesilapan atau maksiat. Jika sebaliknya kita melakukan maksiat atau kesalahan, maka ketika itu dorongan nafsu beserta pujukan syaitan supaya berbohong dan berdusta sudah pasti menghantui fikiran dan perasaan. Dikala itu hanya iman dan takwa sahaja yang dapat menghindari kita dari bercakap bohong. Sekiranya kita berbohong maka cepat-cepatlah kita mengakui kesalahan dan itulah orang yang baik di sisi Allah SWT.
Sahabat-sahabatku kita sedar atau tidak
Kata-kata hikmah :"Jujurlah walaupun kejujuran itu merugikanmu, sebab kejujuran adalah ketenangan". Sama ada kita sedar atau tidak membiasakan diri dalam bercakap benar walau dalam apa jua keadaan dan situasi sekalipun pasti akan memberi beberapa kelebihan kepada kita. Ini kerana kekuatan diri bercakap benar bukanlah lahir begitu sahaja. Sebaliknya ia didahului oleh iman dan takwa.
Firman Allah swt dalam surah al-ahzab ayat 70 dan 71 maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.
Firman Allah swt dalam surah al-ahzab ayat 70 dan 71 maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.
Nescaya Allah swt memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.
Sesiapa mentaati Allah swt dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.
Sahabat-sahabatku marilah kita bercakap benar
Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi,
Jelaslah kepada kita betapa orang yang bertakwa dan sentiasa bercakap benar maka Allah swt akan memperbaiki segala amal ibadahnya dan seterusnya mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Oleh itu, bercakap benar bukan sahaja menjadikan kita mempunyai ramai kawan dan disukai oleh semua masyarakat serta amal-amal ibadah kita di sempurnakan oleh Allah swt dan mendapat keampunan-Nya. Dalam kita melakukan amal ibadat kita seharian kemungkinan berlaku sesuatu kekurangan atau kecacatan yang menjejaskan pahala ibadat tersebut. Namun disebabkan kita sentiasa bercakap benar maka Allah swt telah terima amalan ibadat kita dalam keadaan penuh sempurna. Begitu juga dosa-dosa kita yang telah lalu. Allah swt dengan sifatNya yang Maha pemurah dan lagi Maha pengampun telah mengampunkan dosa-dosa kita kerana sikap kita yang sentiasa bercakap benar. Alangkah beruntungnya kita sekiranya kita mati dalam keadaan kita bercakap benar kerana dosa-dosa kita telah diampunkan Allah swt.
Justeru itu, marilah kita sama-sama beristighfar memohon keampunan dari Allah swt dan semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang bercakap benar, beriman dan bertaqwa amin.

No comments:
Post a Comment