Monday 30 July 2012
MENUTUP AURAT SATU KEWAJIPAN ATAU KEHENDAK?
Menutup aurat adalah satu kewajipan yang
telah ditetapkan oleh Allah swt kepada umat Islam tidak kira baik lelaki atau
wanita. Wahai sahabat-sahabat yang di kasihi,
sedarlah dan bangunlah kita dalam
menjalankan amanah Allah swt untuk kita sama- sama sebarkan dakwah Islamiah
kepada masyarakat yang amat memerlukan dan ketandusan ilmu Agama demi untuk
kesejahteraan masyarakat dan semua.
Sebagaimana firman Allah swt :
"Dan hendaklah mereka (yakni
wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke
dada-dada mereka”.
(surah An-Nur: 31)
Inilah hakikatnya yang pahit. Sekiranya
kita pergi ke mana-mana pusat membeli-belah, Jom heboh rata-rata sudah tentu kita akan melihat si pembuat dosa
ini bermaharajalela di sana sini yang menyedihkan adalah kaum hawa.
Kaum hawa terutamanya, sudah tiada rasa
malu.Tegar mendedahkan aurat di sana-sini.Seolah-olah perkara tersebut adalah
perkara yang diredhai Allah.
Apabila ditanyakan kepada mereka, "Bilakah
masa untuk menutup aurat? " Pasti kebanyakan mereka akan menjawab
seperti ini:
- Alaa lambat lagi nak tua..masa muda la nak bergaya dan
berfesyen
- "Pakai tudung mana boleh nak paksa-paksa, nanti sampai
masanya baru la nak pakai.
- "Ikut aku la nak pakai tudung ke tak nak kubur lain-lain.
- “Tak cantik la pakai tudung…lagi pun panas.
Itulah kebanyakan jawapan dan alasan yang
kita dengar daripada anak-anak gadis kita sekarang.
Sebagaimana firman Allah swt:
Maksudnya:“’Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami
mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau
anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang
yang beriman, supaya kamu berjaya."
Menutup aurat merupakan kewajipan utama
setiap orang Islam.Bagi kaum wanita, wajib ke atas mereka menutup seluruh badan
mereka selain muka dan dua pergelangan tangan apabila berada di hadapan lelaki
bukan mahram. Ini bermakna bahagian kepala wanita termasuk rambut dan telinga
adalah wajib di tutup. Antara cara yang digunakan untuk menutup
aurat di bahagian tersebut dengan memakai tutup kepala yang di kenali di
kalangan masyarakat kita.
Ramai lagi di kalangan wanita menganggap
tudung itu hanya sekadar perlu di pakai ketika waktu yang perlu sahaja
contohnya hendak ke kubur ke majlis ilmu dan sebagainya.Mereka tidak tahu
hakikatnya tudung dan menutup aurat itu perlu ditutup setiap masa melainkan di
hadapan muhrim. Menutup aurat itu bukanlah kehendak sama
ada kita mahu atau tidak, tetapi ia merupakan kewajipan yang telah
diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Di antara punca utama mengapa kes-kes
rogol kian berleluasa adalah kerana kaum wanita yang suka menayangkan tubuh
mereka yang kononnya seksi, hot, dan pelbagai lagi istilah
untuk menggambarkan betapa hebatnya badan mereka itu.Malah, ramai menyalahkan
kaum lelaki kerana terlalu 'miang'.
Persepsi ini salah! Lelaki, kalau tidak
ada apa-apa yang menaikkan syahwatnya, nescaya lelaki tidak akan bertindak
sedemikian.
Wanita kini yang sibuk berdandan terleka
dan sibuk mengejar kecantikan duniawi sedangkan mereka lupa bahawa
kecantikan yang paling diredhai Allah ialah kecantikan menutup aurat.
Buat kaum adam pula, bukankah Allah telah
berfirman di dalam Surah an-Nur, ayat ke-30 yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada
orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.Yang demikian
itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya
tentang apa yang mereka kerjakan."
Jelas bahawa lelaki juga harus memelihara
pandangan mereka dari perkara-perkara yang boleh mengundang maksiat.Namun,
mereka lupa, atau pura-pura lupa.Yang lebih memalukan adalah ada yang tidak
mengetahui tentang perkara tersebut.
Beginilah yang terjadi apabila kaum
wanita ingkar perintah Allah S.W.T. Dosanya bukan sahaja kerana dia
tidak menutup aurat, tetapi dosanya berlipat ganda apabila dipandang oleh
lelaki sehingga timbul syahwatnya.
Lelaki pula, dosanya bukan sahaja kerana
melihat aurat si wanita, namun dosanya pasti berlipat ganda sekiranya lelaki
itu berjaya memujuk sehingga hilanglah ’mahkota’ wanita
tersebut.
Kemudian, berdosa pula mereka yang
membuang bayi luar nikah.Semuanya bermula kerana ingkar menutup aurat dan
ingkar menjaga pandangan.
Bukan sahaja soal aurat menjadi persoalan
zaman ini, malah soal batas pergaulan menjadi isu yang panas.
“Hai sayang... I rindu dengan you, nanti
kita dating kat tempat biasa ye.”
Manusia yang kemaruk cinta sebegini
amatlah mudah untuk digoda Syaitan untuk melakukan maksiat.Memang tidak hairan
kerana di dalam masyarakat kita kini, budaya couple dianggap
sebagai perkara biasa.
Betapa salahnya mereka.Allah telah
memerintahkan kaum lelaki dan wanita agar menjaga pandangan mereka dan
memelihara kehormatan mereka.
Allah tidak pernah menyuruh kita untuk
bercouple, berpegang-pegangan dan bermesra-mesraan.Betapa manusia
kini berpura-pura lupa. Sehinggakan ada yang sanggup berkorban
segala-galanya demi si dia yang dicintai.
Untuk apa wahai kawan, sekiranya
hubunganmu itu bukanlah hubungan pernikahan yang sah?
Untuk apa wahai kawan, sekiranya
hubunganmu itu dilandaskan oleh nafsu dan kehendak hati yang dibisik oleh
Syaitan?
Sekiranya mengadakan hubungan terlarang
sebelum perkahwinan itu baik kononnya, fikirkanlah mengapa Allah menyuruh kita
agar menjaga kehormatan dan pandangan kita?
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang
lebih baik untuk kita. Cintailah Allah terlebih dahulu, nescaya kamu tidak akan
hilang arah.
Apabila si wanita dan lelaki
berdua-duaan, mereka lupa bahawa pihak ketiga adalah Syaitan.
Orang yang bercinta begitu khusyuk menuturkan
kata-kata cinta, sehinggakan mereka tertinggal solat dan meninggalkan
pegangan agama mereka, semuanya kerana mereka tunduk kepada nafsu dan
bisikan Syaitan.
Tidak dinafikan, kebanyakan wanita di
negara kita sekarang menunjukkan kesedaran mereka dalam menutup
aurat.Kecenderungan mereka untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung
pula oleh kemajuan dunia fesyen yang menyajikan pelbagai jenis busana muslimah
dan tudung yang nampaknya seperti cendawan tumbuh di pasaran. Ada yang murah
dan ada yang mahal, ada yang besar dan ada yang
kecil, ada yang tebal dan ada yang nipis, ada yang polos dan ada yang berwarna-warni, bercorak, berkerawang, berlabuci, beropol dan sebagainya. Tidak kurang juga cara atau gaya pemakaian tudung, terdapat bermacam fesyen yang boleh kita lihat. Ada yang dilipat, ada yang dililit, ada yang dimasukkan sahaja, ada yang berlapis-lapis dan ada pula yang hanya diletak di atas kepala dan disidai pada bahu,
boleh turun boleh naik dengan sekelip mata. Mengikut kehendak dan citarasa.
Zaman sekarang, masih ramai lagi wanita suka mengayakan fesyen bertudung seperti meletakkan sahaja tudung di atas kepala sebagai syarat sedangkan rambut terkeluar dan menganggap itu benda biasa.
kecil, ada yang tebal dan ada yang nipis, ada yang polos dan ada yang berwarna-warni, bercorak, berkerawang, berlabuci, beropol dan sebagainya. Tidak kurang juga cara atau gaya pemakaian tudung, terdapat bermacam fesyen yang boleh kita lihat. Ada yang dilipat, ada yang dililit, ada yang dimasukkan sahaja, ada yang berlapis-lapis dan ada pula yang hanya diletak di atas kepala dan disidai pada bahu,
boleh turun boleh naik dengan sekelip mata. Mengikut kehendak dan citarasa.
Zaman sekarang, masih ramai lagi wanita suka mengayakan fesyen bertudung seperti meletakkan sahaja tudung di atas kepala sebagai syarat sedangkan rambut terkeluar dan menganggap itu benda biasa.
Ciri-Ciri Tudung dan Cara Pemakaian
Tudung Yang Dikehendaki Oleh Syara‘
Agama Islam telah menggariskan ciri-ciri tudung dan cara pemakaian tudung yang perlu antaranya dalah seperti berikut. Memakai tudung labuh yang menutupi aurat di bahagian kepala sehingga ke bahagian dada. Sebagaimana Firman Allah swt:
Maksudnya :“
"Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..” (surah an-nur ayat 31)
Agama Islam telah menggariskan ciri-ciri tudung dan cara pemakaian tudung yang perlu antaranya dalah seperti berikut. Memakai tudung labuh yang menutupi aurat di bahagian kepala sehingga ke bahagian dada. Sebagaimana Firman Allah swt:
Maksudnya :“
"Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..” (surah an-nur ayat 31)
Berdasarkan ayat di atas, wajib ke atas wanita Islam memakai tudung yang menutupi seluruh kepala dengan melabuhkannya sehingga ke dada kecuali kawasan muka.Ini termasuk menutupi seluruh rambut, kedua cuping telinga, tengkuk dan leher.Belahan baju itu letaknya di kawasan leher dan dada.Oleh yang demikian, tudung kepala itu hendaklah juga menutup atau menyembunyikan bahagian leher dan dada.Ini bererti tidak memadai memakai tudung itu jika masih nampak rambut, leher, tengkuk, telingadan bahagian dada.
Ulama dalam mensyarahkan
hadits ini mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bertelanjang itu adalah
wanita yang berpakaian nipis yang masih menampakkan warna kulit dan berpakaian
menutupi sebahagian anggota aurat dan membuka sebahagiannya lagi. Oleh
itu ketahuilah bahawa memakai tudung yang nipis atau yang jarang itu tidak
menepati kehendak sebenar cara bertudung untuk menutup aurat kerana ia
masih menampakkan warna kulit. Selain itu, tudung yang terlalu nipis dan ringan
juga mudah tersingkap apabila ditiup oleh angina dan aurat mudah terbuka.Selain
itu, terdapat juga telekung yang diperbuat dari material nipis dan jarang serta
mempunyai kerawang yang besar dan banyak.Telekung sebegini boleh menyebabkan
sembahyang tidak sah kerana syarat menutup aurat masih tidak terlaksana dengan
sempurna.Semoga perjalanan hidup kita diiringi dengan kebahagiaan dan
keberkatan baik di dunia dan di akhirat.
Dosa dan ancaman mendedahkan aurat dan
peringatan kepada semua wanita (Mukminat) seluruhnya.
Islam tidak menentukan fesyen dan bentuk
pakaian yang mesti dipakai oleh seorang wanita itu, sama ada pada masa bekerja
ataupun tidak, yang pentingnya tidak berlawanan dengan syarat-syarat dan
batas-batas yang telah di tentukan oleh syarak.
Di sini saya memaparkan kisah benar yang
dialami oleh Rasulullah saw sendiri.
Marilah kita sama-sama menghayatinya
sahabat-sahabat sekalian…
Apa yang di lihat oleh Nabi S.A.W ketika
Israk dan Mikraj ?
Wahai sahabat-sahabatku…
Kata
Saidina Ali Karamallahu Wajhah, ‘saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah s.a.w, kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya ‘’ Apakah yang
menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah? Baginda menjawab’ pada malam aku
diisrakkan hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan-perempuan sedang
dalam keadaan yang amat dasyat dengan sebab itu, aku menangis mengenangkan azab
yang diterima mereka ‘ Ali bertanya,’ Apakah yang ayahanda lihat di sana?
.Rasulullah menjawab, aku lihat ada
perempuan –perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.
1.Aku lihat perempuan yang digantung
lidahnya, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala.
2.Aku lihat perempuan yang memakan
dagingnya sendiri , di bawahnya dinyalakan api.
3.Aku lihat perempuan yang yang
telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang di perbuat dari
api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badan berbau busuk kerana
penyakit kusta dan sopak.
4.Aku lihat yang perempuan yang mukanya
hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
5.Aku lihat perempuan yang kepalanya
seperti babi, badannya seperti himar beribu-ribu kesengsaraan di hadapinya.
6.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala
dan ular masuk ke kemaluannya dan mulutnya dan pelepasnya (punggung). Malaikat
memukulnya dengan corong api neraka.
Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada
ayahandanya, ‘ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah
kesalahan yang telah dilakukan oleh perempuan itu? “ Rasulullah saw menjawab,
Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang tergantung rambutnya itu adalah
perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada bukan muhrimnya.’
Rasulullah saw bersabda: Aku lihat api
neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan
yang dasyhat di dalamnya telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah
perempuan.”
Justeru itu, marilah kita sama-sama mencari jalan keredhaan dan keberkatan semoga perjalanan hidup kita diiringi oleh kebahagiaan baik di dunia dan di akhirat amin.
CINTA
Adakah cinta itu tuntutan nafsu atau berlandaskan syariat?
Cinta
adalah suatu perasaan yang dimiliki oleh semua manusia, anugerah Allah yang
tidak ternilai kepada manusia. Ibarat laksana getah-getah yang ada di pokok
getah atau madu-madu yang ada di pokok bunga. Di dalam hati ada Taman.
|
Cinta adalah suatu perkara yang sudah
pasti, bercinta dan berkasih sayang adalah suatu yang teramat istimewa dan
penting sesudah berumahtangga kerana dua rukun inilah menjadi tiang seri yang
paling ampuh dalam pembentukan keluarga. Tanpa cinta hidup ini tidak akan
bermakna…
Sahabat-sahabatku yang di kasihi..
Persoalannya adakah bercinta itu penting
dan perlu sebelum berumahtangga?
Jawapannya: sudah semestinya betul. Jika
tidak ada perasaan cinta bagaimana suami isteri dapat hidup bahagia dan
bersama.Perasaan tersebut perlu ada dalam hati kedua-dua bakal suami isteri,
tetapi tidaklah membawa kepada wujudnya pergaulan atau melanggar batas-batas
yang telah di tetapkan oleh syariat Islamiah seperti membuat dating dan
lain-lain lagi.
Tanggungjawab
Bakal suami isteri perlu mengetahui
bahawa rumahtangga suatu tanggungjawab yang perlu di pikul bersama tidak kira
di saat susah dan senang. Maka perasaan ingin menyayangi dan di sayangi itu
sebati dalam diri manusia semenjak ia di keluarkan dari perut ibunya.
Sahabat-sahabatku yang di kasihi,
Secara fitrahnya, manusia yang kecewa
terhadap cinta akan lebih bermuhasabah terhadap harga dirinya. Kadang-kadang
muhasabah ini mengajar bertindak dengan cara yang betul dan berhati-hati.
Kadang-kadang ia menghalakan manusia kearah yang memusnahkan. Ini bererti alam
percintaan adalah suatu jambatan yang mengubah masa depan manusia yang
merentasinya. Firman Allah s.w.t :
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai
kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati
dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
yang berfikir.
( Surah al-Rum: 21)
Sahabat-sahabatku sekalian,
Sekiranya seorang lelaki yang mencintai
perempuan tetapi tidak sanggup berkorban untuk perempuan tersebut maka cinta
yang di lafazkannya adalah palsu dan penuh kepura-puraan.Seperti kata pujangga
“ Jujurlah walaupun kejujuran itu merugikanmu, kerana kejujuran adalah
ketenangan.”
Ganjaran
Dari Allah swt
|
Perkahwinan adalah suatu sunnah dari
Rasulullah saw dan nabi-nabi sebelumnya. Suatu perkara yang perlu di kaji akan
hikmah percintaan yang di lakukan oleh Rasulullah saw ialah baginda menyarankan kepada bakal-bakal
suami unyuk mencari gadis –gadis untuk di kahwini tetapi beliau sendiri
memperisterikan perempuan-perempuan janda, hanyalah Aisyah seorang sahaja yang
masih gadis ketika di kahwini. Hal ini tentulah menggambarkan kepada kita
tentang persediaan pergorbanan dan penyempurnaan tanggungjawab yang telah di
tunjukkan oleh Rasulullah saw. Sebelum melalui gerbang perkahwinan. Rasulullah
sawtelah menerangkan bahawa diantara golongan yang mendapat dua ganjaran pahala
ialah seseorang yang memerdekakan hambanya lalu mengahwininya. Dalam sunnah disebutkan maksudnya
“Bertakwalah kamu kepada Allah dengan wanita, sesungguhnya mereka adalah orang
yang membantumu, kamu telah mengambilnya dengan amanah Allah, dan dihalalkan
kamu bergaul dengannya dengan kalimat Allah dan wajib keatas kamu memberi
rezeki mereka dan pakaian mereka dengan cara yang baik”(Muslim, Abu Daud dan
Malik)
Fantasi
Dan Khayalan
|
Sebelum berkahwin manusia seringkali
mengkhayalkan belaian-belaian dan pujuk rayu pasangannya, padahal gambaran
khayalan itu hanyalah berlaku dalam jarak masa yang singkat berbanding dengan
liku-liku perjuangan yang terpaksa ditempuhinya.Perkara ini adalah lumrah
semulajadi semua manusia. Tanpa kawalan agama ianya akan menterjerumuskan manusia
melakukan kerja-kerja keji sama ada di hadapan khalayak ramai atau ketika
berseorangan. Manusia yang tiada bermatlamat hidup seperti golongan barat,
sebagaimana yang di tonjolkan dalam media massa akan cuba untuk memanjangkan
tempoh fantasi ini sekalipun ianya bukanlah suatu yang boleh berpijak di alam
nyata. Lantaran itu kehidupan mereka akan menjadi musnah dan kebahagiaan yang
dikhayalkan itu bukan dapat dicapai sekali-kali. Masyarakat Islam sepatutnya
mestilah mempelajari panduan-panduan hidup yang kuat agar dapat membersihkan
diri daripada anasir-anasir yang boleh memusnahkan dirinya. Sewajarnya
masyarakat kita menjadikan perjalanan hidup bekas-bekas bohsia sebagai
pengajaran yang di sempadani, bukannya untuk melonjakkan nafsu syahwat yang
menghancurkan pula masa depan mereka sendiri. Semoga hidup kita semua diredhai
oleh Allah swt baik didunia dan diakhirat.
KASIH KEKASIH -INTEAM-
Tuesday 1 May 2012
KELEBIHAN BERCAKAP BENAR SATU IBADAH
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh....
Sahabat-sahabatku,
Sedarlah kita setiap hari kita perlu bercakap...adakah percakapan kita bohong atau benar?jadi kita harus reformasi diri masing-masing agar kita tergolong dikalangan orang yang beriman dan baik-baik..
Setiap daripada kita sudah tentu suka berkawan dengan orang yang suka bercakap benar. Ini kerana bercakap benar adalah satu sifat yang mulia. Ia juga merupakan salah satu sifat yang wajib bagi para Nabi dan Rasul. Orang yang sentiasa bercakap benar juga adalah orang yang boleh dipercayai. Lantaran itulah memiliki kawan atau sahabat yang bercakap benar lebih memberi ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
Sahabat-sahabatku beringat-ingat ditempat kerja atau dimana2
Ini amat berbeza jika berkawan dengan orang yang kaki pembohong atau pendusta. Selain itu ia juga boleh menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Kawan yang pembohong juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya perselisihan faham atau mencetus permusuhan antara kita dengan orang lain. Janganlah kita menghampiri atau mendekati orang yang suka mereka-reka dan menfitnah orang kerana kita juga menumpang saham di akhirat nanti. Banyak cerita yang boleh kita kongsikan sama-sama contohnya di tempat kerja saya ada golongan yang suka mereka-reka benda yang tiada diadakan supaya antara satu sama lain bergaduh dan cakap tak serupa bikin...sedangkan kita sama-sama saudara Islam? sejauh mana keikhlasan yang ada dalam diri kita? Kalau kita sedar alhamdulillah sebab banyak natijahnya dari Allah swt. Saya doakan untuk diri saya dan kawan-kawan agar sentiasalah bercakap benar.
Sebagaimana firman Allah swt :Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.Ayat Al-Quran di atas telah menjelaskan bahawa janganlah kita buat sesuatu yang menyakiti hati orang sekiranya ada cepat-cepatlah kita memohon maaf darinya agar tidak berlarutan dan dapat menyelamatkan keadaan dengan lebih selamat.
Sahabat- sahabatku mencari kawan atau sahabat yang bercakap benar adalah yang terbaik dalam hidup kita.
Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara...marilah sama-sama kita bertaubat dan bersujud pada Allah SWT.
Dalam keghairahan kita mencari kawan atau sahabat yang bercakap benar, kita juga perlu memikirkan bahawa orang lain pun pasti akan merasa senang dan gembira sekirannya berkawan dengan kita dan sentiasa bercakap benar. Bercakap benar bukanlah sesuatu yang susah atau payah asalkan kita tidak melakukan sebarang kesalahan, kesilapan atau maksiat. Jika sebaliknya kita melakukan maksiat atau kesalahan, maka ketika itu dorongan nafsu beserta pujukan syaitan supaya berbohong dan berdusta sudah pasti menghantui fikiran dan perasaan. Dikala itu hanya iman dan takwa sahaja yang dapat menghindari kita dari bercakap bohong. Sekiranya kita berbohong maka cepat-cepatlah kita mengakui kesalahan dan itulah orang yang baik di sisi Allah SWT.
Sahabat-sahabatku kita sedar atau tidak
Kata-kata hikmah :"Jujurlah walaupun kejujuran itu merugikanmu, sebab kejujuran adalah ketenangan". Sama ada kita sedar atau tidak membiasakan diri dalam bercakap benar walau dalam apa jua keadaan dan situasi sekalipun pasti akan memberi beberapa kelebihan kepada kita. Ini kerana kekuatan diri bercakap benar bukanlah lahir begitu sahaja. Sebaliknya ia didahului oleh iman dan takwa.
Firman Allah swt dalam surah al-ahzab ayat 70 dan 71 maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.
Firman Allah swt dalam surah al-ahzab ayat 70 dan 71 maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.
Nescaya Allah swt memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.
Sesiapa mentaati Allah swt dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.
Sahabat-sahabatku marilah kita bercakap benar
Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi,
Jelaslah kepada kita betapa orang yang bertakwa dan sentiasa bercakap benar maka Allah swt akan memperbaiki segala amal ibadahnya dan seterusnya mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Oleh itu, bercakap benar bukan sahaja menjadikan kita mempunyai ramai kawan dan disukai oleh semua masyarakat serta amal-amal ibadah kita di sempurnakan oleh Allah swt dan mendapat keampunan-Nya. Dalam kita melakukan amal ibadat kita seharian kemungkinan berlaku sesuatu kekurangan atau kecacatan yang menjejaskan pahala ibadat tersebut. Namun disebabkan kita sentiasa bercakap benar maka Allah swt telah terima amalan ibadat kita dalam keadaan penuh sempurna. Begitu juga dosa-dosa kita yang telah lalu. Allah swt dengan sifatNya yang Maha pemurah dan lagi Maha pengampun telah mengampunkan dosa-dosa kita kerana sikap kita yang sentiasa bercakap benar. Alangkah beruntungnya kita sekiranya kita mati dalam keadaan kita bercakap benar kerana dosa-dosa kita telah diampunkan Allah swt.
Justeru itu, marilah kita sama-sama beristighfar memohon keampunan dari Allah swt dan semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang bercakap benar, beriman dan bertaqwa amin.
Jelaslah kepada kita betapa orang yang bertakwa dan sentiasa bercakap benar maka Allah swt akan memperbaiki segala amal ibadahnya dan seterusnya mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Oleh itu, bercakap benar bukan sahaja menjadikan kita mempunyai ramai kawan dan disukai oleh semua masyarakat serta amal-amal ibadah kita di sempurnakan oleh Allah swt dan mendapat keampunan-Nya. Dalam kita melakukan amal ibadat kita seharian kemungkinan berlaku sesuatu kekurangan atau kecacatan yang menjejaskan pahala ibadat tersebut. Namun disebabkan kita sentiasa bercakap benar maka Allah swt telah terima amalan ibadat kita dalam keadaan penuh sempurna. Begitu juga dosa-dosa kita yang telah lalu. Allah swt dengan sifatNya yang Maha pemurah dan lagi Maha pengampun telah mengampunkan dosa-dosa kita kerana sikap kita yang sentiasa bercakap benar. Alangkah beruntungnya kita sekiranya kita mati dalam keadaan kita bercakap benar kerana dosa-dosa kita telah diampunkan Allah swt.
Justeru itu, marilah kita sama-sama beristighfar memohon keampunan dari Allah swt dan semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang bercakap benar, beriman dan bertaqwa amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)